Sunday, July 21, 2013

Selamat Datang....

Salam kepada semua pelawat laman blog ini. Sememangnya penjagaan kesihatan adalah amat penting kepada setiap orang, tidak kira sama ada yang tua atau muda, yang kecil maupun yang besar, lelaki atau perempuan kerana kesihatan merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah yang tiada tandingan.

Ibarat kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya kerana sekuat mana pun kita berusaha atau mencuba sekiranya Allah tidak mengizinkannya, maka ianya tetap tidak akan berlaku. Namun, dalam menghadapi dunia sekarang yang penuh dengan pancaroba dan dugaan, semestinya kita mesti berusaha untuk kebaikan dan kesihatan diri kita. Dengan itu, pemakanan harus dijaga, ibarat kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sememangnya apabila sudah terkena pelbagai penyakit yang berbahaya, langkah untuk mengatasinya adalah lebih sukar berbanding sebelum kena. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar Allah melindungi kita daripada penyakit yang berbahaya.

Penemuan Vitamin B17 adalah seawal tahun 1950, telah memberi harapan kepada beribu pesakit kanser dan pengambilan vitamin ini terbukti oleh pakar-pakar kesihatan dunia tentang pemusnahan sel-sel kanser daripada bahan semulajadi. Selain itu, Vitamin B17 daripada biji Aprikot ini juga dapat merawat pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dalam darah, mengurangkan kandungan gula dalam darah, membantu masalah buasir, menyelesaikan masalah jerawat dan resdung dan lain-lain lagi. Sila klik untuk melihat masalah lain. 

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit, maka cepat-cepatlah berubat dan mencari penyelesaiannya. Amalkanlah pemakanan kesihatan ini untuk kebaikan kita bersama. Salam Ramadan semua...

No comments:

Post a Comment