Buah Aprikot

Buah Aprikot
Aprikot (Prunus armeniaca, bahasa Latin untuk "plum Armenia", syn. Armeniaca vulgaris Lam., Armenia: Ծիրան, Mandarin: 杏 xing) adalah salah satu spesies dari subgenus Prem. Asal tanaman ini sukar dipastikan keranaa sudah dibudayakan orang sejak zaman prasejarah. Kemungkinan besar tanaman ini berasal dari sebelah utara dan barat daratan Cina atau Asia Tengah, tapi mungkin juga berasal dari Korea atau Jepun.

Buah Aprikot merupakan buah berbentuk bulat berwarna oren yang sangat manis dan kenyal. Aprikot mengandung antioksida dan serat yang tinggi. Aprikot juga salah satu buah kaya akan beta karoten yang bermanfaat untuk menjaga kesehatan dan ketajaman penglihatan mata dan retina. Agar dapat diserap dengan baik oleh tubuh, beta karoten harus disertai dengan sedikit lemak. Jadi, makanlah aprikot setelah makan atau jadikan buah aprikot sebagai camilan yang dimakan bersama kacang almond atau walnut.


Pokok Aprikot
Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter; daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3-4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.


Kandungan gizi buah Aprikot
Kandungan gizi buah Aprikot mentah.Nilai gizi per 100 g (3.5 oz) ialah :
1. Energi 201 kJ (48 kcal)
2. Karbohidrat 11 g
3. Gula 9 g
4. Diet serat 2 g
5. Lemak 0,4 g
6. Protein 1,4 g
7. Vitamin A equiv. 96 mg (11%)
8. Beta-karoten 1094 mg (10%)
9. Vitamin C 10 mg (17%)
10. Besi 0,4 mg (3%)

Kandungan gizi Aprikot kering. Nilai gizi per 100 g (3.5 oz) ialah :
1. Energi 1.009 kJ (241 kcal)
2. Karbohidrat 63 g
3. Gula 53 g
4. Diet serat 7 g
5. Lemak 0,5 g
6. Protein 3.4 g
7. Vitamin A equiv. 180 mg (20%)
8. Beta-karoten 2163 mg (20%)
9. Vitamin C 1 mg (2%)
10. Besi 2,7 mg (22%)

Apa itu biji Aprikot?
Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut and seed). Tidak ada bezanya dengan kumpulan  kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya 'Aprikot Organik'.  Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot ini disebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita daripada serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.

Berdasarkan buku "World Without Cancer", tulisan G-Edward Griffin, biji Aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji Aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas daripada kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. Biji Aprikot paling berkhasiat adalah dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan. Antara nutrien yang banyak terdapat pada Biji Aprikot ialah enzim Amigdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.

Amigdalin (Vitamin B17) juga boleh diperolehi dalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan kita, kita boleh dihidapi penyakit kanser. Selain biji Aprikot, Vitamin B17 juga boleh diperolehi dari badam pahit (Amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, keledek, betik, kacang hijau, biji buah oren dan biji benih lain. Juga terdapat dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakalogi, sejak dahulu lagi Amigdalin (B17) merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide", ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Vitamin B17 dari Biji Aprikot akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara lansung. Cyanide akan dibebaskan daripada ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka Cyanide  akan membunuh sel kanser (sel kanser sahaja yang mempunyai enzim Beta Glucosidase). Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim Beta Glucosidase  (enzim yang boleh membebaskan Cyanide). Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia seperti sel kanser.

Bagaimana biji Aprikot (Vitamin B17) membunuh sel kanser
Apabila B17 atau Amigdalin dan juga disebut Laetrie bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat dipecahkan disebabkan tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindakbalas kimia akan berlaku di sini iaitu Hidrogen Sianida (Cyanide) bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Kita akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dua minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai "selective toxicity" atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja disasarkan untuk dimusnahkan. Beginilah caranya B17 daripada Biji Aprikot bekerja. Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B17.

Fenomena ini digunakan Hospital Contretras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit kanser.