Tuesday, July 23, 2013

Punca Atau Penyebab Kanser


Setelah diteliti dan dikaji daripada internet terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kanser terjadi. Namun demikian, punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90 peratus daripada penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.



Penyebab utama kanser ialah daripada makanan seperti tembakau, alkohol, radiasi, sinaran cahaya matahari, pekerjaan, pengambilan ubat, pencemaran air dan udara, perokok yang tidak aktif dan keturunan.

Tembakau
90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.

Pemakanan dan Diet
Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.

Tabiat seksual
Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.

Pengambilan minuman beralkohol
Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.

Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.

Jangkitan Hepatitis B
Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.

Pendedahan di tempat Kerja
Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus
Pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus. Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.

Radiasi daripada telefon selular.
Selalu menggunakan telefon selama berjam-jam dan sering meletakkan handphone dekat kepala semasa tidur boleh menyebabkan kanser otak menurut badan antarabangsa di Lyon, Paris. Keadaan ini terjadi kerana medan elektromagnet yang berasal daripada radiasi telefon selular diserap di kepala dan kemudian diserap sel otak hingga mengenai DNA dalam sel.

Secara kesimpulannya, marilah kita sama-sama mengelakan daripada punca-punca yang menyebabkan penyakit kanser dan seterusnya memohon kepada Allah semoga dijauhi daripada penyakit berbahaya ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment