Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.
Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. Ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.
Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan, lebih banyak toksin didalam badan, lebih tinggi potensi krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari, 1-2 minggu atau berbulan lamanya (tidak ramai).
Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. Kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tidak mengikut dos yang disyorkan, terus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.
Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis
1. Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin
2. Demam
Tidak cukup rehat imunisasi badan
Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi
3. Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
4. Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah
5. Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
6. Berkahak
Petanda bagi menyahtoksin
7. Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan
8. Rasa sakit sendi dan otot
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
9. Pendarahan hidung
Petanda bagi kekurangan darah
10. Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak
Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
11. Lapar dan Pening
Tekanan darah rendah, anemia
12. Loya, Sembelit, Tersedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
13. Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang
No comments:
Post a Comment