Tuesday, December 24, 2013

Apa Itu Healing Crisis


Healing crisis atau krisis penyembuhan adalah salah satu proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan sepanjang hidup. Maksud 'healing crisis" ialah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simpton yang membuatkan rasa tidak selesa, dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.

Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. Ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.

Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan, lebih banyak toksin didalam badan, lebih tinggi potensi krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari, 1-2 minggu atau berbulan lamanya (tidak ramai).

Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. Kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tidak mengikut dos yang disyorkan, terus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.


Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis

1. Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin

2. Demam
Tidak cukup rehat imunisasi badan
Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi

3. Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.

4. Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah

5. Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

6. Berkahak
Petanda bagi menyahtoksin

7. Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan

8. Rasa sakit sendi dan otot
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

9. Pendarahan hidung
Petanda bagi kekurangan darah

10. Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak
Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir

11. Lapar dan Pening
Tekanan darah rendah, anemia

12. Loya, Sembelit, Tersedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati

13. Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang


Friday, October 25, 2013

Testimoni Terkini Keajaiban MAS-B17

Miracle Apricot Seed (MAS B17) sudah mendapat tempat di pasaran. Ramai yang telah menyakini jenama ini dalam amalan pemakanan seharian. Beberapa orang yang telah mencuba sample MAS ini, kemudiannya terus menjadikan MAS ini sebagai pemakanan harian yang wajib demi menjaga kesihatan. Ternyata produk ini amat mujarab bagi mereka yang menghidapi astma, alahan, masalah kulit muka, kegatalan, jerawat, sakit lutut, ketumbuhan dan lain.


Bagi mereka yang prihatin terhadap kesihatan ibu bapa atau pasangan masing-masing, bolehlah menghadiahkan produk MAS ini kepada mereka. Seronok apabila mendengar peningkata kesihatan setelah mencuba produk MAS ini. Ada warga emas yang telah turun kadar darah tinggi mereka setelah mencuba produk ini daripada anak mereka.



Semoga MAS B17 mampu membantu ramai orang dalam memulihkan kembali tahap kesihatan dan menjadi amalan untuk penjagaan kesihatan. Ibarat kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit. 

Monday, September 23, 2013

Nasmir Holdings Labur RM20 Juta Industri Gelatin Halal

BUKIT MERTAJAM 29 Julai - Nasmir Holding (PP) Sdn. Bhd. - syarikat pengeluar kapsul gelatin halal - melabur RM20 juta untuk menaik taraf produk dan membeli tiga mesin baharu tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, sebanyak RM15 juta digunakan untuk menaik taraf gred gelatin berkenaan supaya sesuai dengan gred peringkat antarabangsa manakala RM5 juta lagi adalah untuk pembelian tiga mesin baharu.

"Kapsul gelatin yang dihasilkan sekarang ini memang berkualiti dan ia setaraf produk India serta Eropah, namun tahun ini kita telah naik taraf gelatin itu sejak empat bulan lepas kepada gred antarabangsa bagi memudahkan ia dipasarkan di luar negara.

"Setakat ini, syarikat telah berjaya menembusi pasaran beberapa negara seperti Vietnam, Colombia, Thailand dan India, dan terbaharu, kita cuba masuk pasaran Chile serta Pakistan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan Aidilfitri kepada 800 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin, di Auto City, Juru di sini malam tadi.

Gelatin yang dihasilkan oleh Nasmir Holdings itu menggunakan tulang lembu yang boleh diimport dari beberapa negara yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kadhar Shah berkata, menerusi pembelian tiga mesin baharu itu, syarikatnya mampu meningkatkan pengeluaran kapsul gelatin daripada 1 bilion kapsul kepada 1.5 bilion kapsul setiap bulan.

Katanya, setakat ini syarikat itu mempunyai enam mesin dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung permintaan kapsul gelatin halal berkenaan.

"Sekarang kita keluarkan 1 bilion kapsul setiap bulan dan ia tidak cukup untuk tampung permintaan, dan sebab itu syarikat akan beli mesin baharu, supaya lebih banyak kapsul gelatin halal mampu dikeluarkan.

Beliau berkata, sebanyak 60 peratus pengeluaran dieksport manakala selebihnya untuk pasaran tempatan.

"Saya berharap syarikat farmasi dalam negara dapat mengubah mentaliti dengan menganggap produk antarabangsa sahaja bagus sedangkan produk tempatan seperti gelatin halal ini tidak kurang bagusnya, malah kita mendapat permintaan yang baik dari luar negara," katanya. - BERNAMA

Petikan : Utusan Online

Sunday, September 8, 2013

Pengambilan MAS-B17 Bagi Ibu Mengandung

Adakah ibu mengandung boleh mengambil MAS?

Menurut beberapa pengkaji B17, tiada halangan, kerana biji aprikot adalah 100% bahan semula jadi. MAS-B17  bukan ubat dan tidak mengandungi toksin. Tetapi kita tidak mahu mencadangkan ibu mengandung untuk mengambil MAS-B17 dan kita tidak mahu menanggung risiko. Seandainya mahu mengambil MAS-B17 juga, selepas kandungan melebihi 6 bulan. Kita menyarankan agar mengambil MAS selepas beranak. Ketika pantang sudah mengambil MAS.

Menurut Hirma Aziz (seorang yang mengambil MAS selepas bersalin), "Benar seperti info di atas. Seperti saya, saya mula mengambil MAS ketika berpantang di minggu ke3.. Saya tidak mengambil apa-apa jamu sebab baby kena demam kuning.. Dan masih mengamalnya sehingga kini.. Hasilnya saya turun berat badan 18kg, athsma saya boleh dikatakan sembuh, tidak gatal selepas makan seafood & baby saya belum lagi demam.. Cuma ada batuk & selsema.. Itu pun minor sahaja.. Bagus untuk para mummy yang bf.."


Krisis Semasa Pengambilan MAS-B17

Antara healing crisis semasa pengambilan MAS (berlandaskan pengalaman pengguna MAS-B17)

1. Tempat atau bahagian yang sakit akan berasa sakit di peringkat awal pengambilan MAS-B17.
2. Bagi kaum wanita, keberangkalian aliran haid akan luar biasa dan banyak. Haid akan menjadi lebih lancar.
3. Rasa lapar dan mudah kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit.
4. Pergerakan seharian tubuh badan akan lebih aktif dan terasa lebih bertenaga

Wednesday, July 31, 2013

Kenapa Miracle Apricot Seed (MAS-B17) Tiada Kelulusan KKM?



Seringkali kami menerima soalan ini daripada pengguna, mungkin kerana pengguna tidak mempunyai maklumat yang tepat berkenaan kelulusan KKM dan ada pihak yang memanipulasikan kelulusan KKM.

Oleh kerana MAS-B17 adalah makanan kesihatan sama macam MILO, ANLENE, Susu Dutch Lady dan sebagainya, maka tidak perlu didaftarkan di Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak kami telah menghubungi pihak KKM & Farmasi dan telah dimaklumkan bahawa hanya ubat-ubatan beracun dan ubat tradisional mesti didaftarkan mengikut AKTA Jualan Dadah 1952, di bawah kawal selia Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.

MAS-B17 adalah 100% biji aprikot, 100% bahan semula jadi dan 100% tanpa bahan pengawet, dan di bawah kategori makanan. Oleh yang demikian, MAS-B17 tidak perlu atau tidak boleh dikategorikan sebagai UBAT. Cuma ramai yang menganggap ianya seperti UBAT kerana ramai yang sakit telah pulih atau beransur pulih daripada masalah kesihatan mereka.

MAS-B17 bukan mengubati tetapi mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit, terutamanya kanser. MAS-B17 adalah makanan kesihatan yang amat berfaedah kepada manusia kerana khasiatnya.

Kita berusaha, Allah menentukan. Setiap penyakit ada penawarnya.

Jangan jadikan ubat-ubatan yang kebanyakannya mengandungi dadah or bahan-bahan kimia sebagai makanan anda. Jadikan MAS-B17 sebagai amalan makanan kesihatan keluarga.

Saturday, July 27, 2013

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.




2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
(Sumber info : Panduan Penjagaan Kesihatan Berita Harian)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengekalkan diet makanan yang seimbang kerana daripada makananlah punca pelbagai penyakit yang ada sekarang. Untuk lebih bertenaga sepanjang bulan ramadan ini saya cadangkan supaya mengambil Miracle Aprikot Seed (MAS-B17) yang kaya dengan Vitamin B17 yang mempunyai pelbagai khasiat untuk semua.

Tuesday, July 23, 2013

Punca Atau Penyebab Kanser


Setelah diteliti dan dikaji daripada internet terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kanser terjadi. Namun demikian, punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90 peratus daripada penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.



Penyebab utama kanser ialah daripada makanan seperti tembakau, alkohol, radiasi, sinaran cahaya matahari, pekerjaan, pengambilan ubat, pencemaran air dan udara, perokok yang tidak aktif dan keturunan.

Tembakau
90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.

Pemakanan dan Diet
Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.

Tabiat seksual
Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.

Pengambilan minuman beralkohol
Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.

Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.

Jangkitan Hepatitis B
Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.

Pendedahan di tempat Kerja
Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus
Pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus. Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.

Radiasi daripada telefon selular.
Selalu menggunakan telefon selama berjam-jam dan sering meletakkan handphone dekat kepala semasa tidur boleh menyebabkan kanser otak menurut badan antarabangsa di Lyon, Paris. Keadaan ini terjadi kerana medan elektromagnet yang berasal daripada radiasi telefon selular diserap di kepala dan kemudian diserap sel otak hingga mengenai DNA dalam sel.

Secara kesimpulannya, marilah kita sama-sama mengelakan daripada punca-punca yang menyebabkan penyakit kanser dan seterusnya memohon kepada Allah semoga dijauhi daripada penyakit berbahaya ini. Wassalam.

Monday, July 22, 2013

Kebaikan Miracle Apricot Seed B17 (MAS-B17)



1. Miracle Apricot Seed (MAS) mengandungi Vitamin B17 yang dapat merawat kanser dan penyakit kronik.
2. Biji Aprikot mengandungi kadar kepekatan Vitamin B17 yang tertinggi jika di bandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya iaitu bijinya dan lain-lain. - Sumber daripada World Without Cancer.
3. Miracle Apricot Seed dapat mengurangkan bintik-bintik hitam & jerawat, sel-sel mati serta menghilangkan kulit kasar . Hasilnya kulit terlihat lebih berseri-seri dan pemukaan kulit wajah lebih halus. Makanlah sebanyak 2 hingga 4 biji kapsul  (2 kali hingga 3 kali sehari). Banyakkan memakan buah, terutama carrot.
4. Miracle Apricot Seed (MAS) mampu merawat darah tinggi. Makanlah 2 hingga 4 biji kapsul sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Selain itu banyakan memakan buah-buahan.
5. Miracle Apricot Seed (MAS) sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Biji aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.
6.  Miracle Apricot Seed (MAS) mampu memulihkan badan selepas berhenti merokok. Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah Aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 peratus daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori. Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti biji aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas. Biji aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam biji aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.
7. Miracle Apricot Seed (MAS)  mampu mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & kolestrol dalam darah.


Sunday, July 21, 2013

Selamat Datang....

Salam kepada semua pelawat laman blog ini. Sememangnya penjagaan kesihatan adalah amat penting kepada setiap orang, tidak kira sama ada yang tua atau muda, yang kecil maupun yang besar, lelaki atau perempuan kerana kesihatan merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah yang tiada tandingan.

Ibarat kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya kerana sekuat mana pun kita berusaha atau mencuba sekiranya Allah tidak mengizinkannya, maka ianya tetap tidak akan berlaku. Namun, dalam menghadapi dunia sekarang yang penuh dengan pancaroba dan dugaan, semestinya kita mesti berusaha untuk kebaikan dan kesihatan diri kita. Dengan itu, pemakanan harus dijaga, ibarat kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sememangnya apabila sudah terkena pelbagai penyakit yang berbahaya, langkah untuk mengatasinya adalah lebih sukar berbanding sebelum kena. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar Allah melindungi kita daripada penyakit yang berbahaya.

Penemuan Vitamin B17 adalah seawal tahun 1950, telah memberi harapan kepada beribu pesakit kanser dan pengambilan vitamin ini terbukti oleh pakar-pakar kesihatan dunia tentang pemusnahan sel-sel kanser daripada bahan semulajadi. Selain itu, Vitamin B17 daripada biji Aprikot ini juga dapat merawat pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dalam darah, mengurangkan kandungan gula dalam darah, membantu masalah buasir, menyelesaikan masalah jerawat dan resdung dan lain-lain lagi. Sila klik untuk melihat masalah lain. 

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit, maka cepat-cepatlah berubat dan mencari penyelesaiannya. Amalkanlah pemakanan kesihatan ini untuk kebaikan kita bersama. Salam Ramadan semua...