Monday, July 21, 2014

MAS-B17 berwajah baru dan mempunyai kotak

Salam semua. Nampaknya makanan kesihatan ini semakin maju dan perubahan demi perubahan telah dilakukan oleh pengeluar. Di bawah ini saya tunjukkan imej baru Miracle Apricot Seed (MAS-B17).



Semakin banyak testimonial terbaru (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) yang menjadi kepuasan bagi pengguna MAS-B17 ini membuktikan bahawa MAS-B17 ini mendapat tempat dan banyak membantu meningkatkan tahap kesihatan para pengamal yang terdiri daripada pesakit kanser, pra kanser, darah tinggi, kencing manis, masalah kitaran haid tidak teratur, jerawat, jeragat, selsema, astma, resdung, alahan dan lain-lain. 

Kami berasa syukur dan gembira kerana dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan sendiri dan orang ramai. Kebanyakan mereka yang telah mencuba akan mengulangi lagi pembelian kerana tahu akan kebaikan MAS-B17 ini. Pengambilan sekurang-kurangnya 4 biji sehari dapat mengelakkan pengguna daripada terkena penyakit yang sangat berbahaya iaitu kanser.

Apapun kita hanya berusaha. Disamping mengambil pemakanan ini, jangan lupa berdoa dan meminta kesihatan daripada Allah S.W.T kerana dalam apa jua keadaan Allah lah yang memberi izin dalam memberi kesembuhan selain daripada usaha yang dilakukan. Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa kita diterima Allah S.W.T. 

Tuesday, December 24, 2013

Apa Itu Healing Crisis


Healing crisis atau krisis penyembuhan adalah salah satu proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan sepanjang hidup. Maksud 'healing crisis" ialah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simpton yang membuatkan rasa tidak selesa, dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.

Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. Ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.

Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan, lebih banyak toksin didalam badan, lebih tinggi potensi krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari, 1-2 minggu atau berbulan lamanya (tidak ramai).

Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. Kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tidak mengikut dos yang disyorkan, terus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.


Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis

1. Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin

2. Demam
Tidak cukup rehat imunisasi badan
Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi

3. Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.

4. Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah

5. Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

6. Berkahak
Petanda bagi menyahtoksin

7. Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan

8. Rasa sakit sendi dan otot
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

9. Pendarahan hidung
Petanda bagi kekurangan darah

10. Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak
Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir

11. Lapar dan Pening
Tekanan darah rendah, anemia

12. Loya, Sembelit, Tersedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati

13. Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang


Friday, October 25, 2013

Testimoni Terkini Keajaiban MAS-B17

Miracle Apricot Seed (MAS B17) sudah mendapat tempat di pasaran. Ramai yang telah menyakini jenama ini dalam amalan pemakanan seharian. Beberapa orang yang telah mencuba sample MAS ini, kemudiannya terus menjadikan MAS ini sebagai pemakanan harian yang wajib demi menjaga kesihatan. Ternyata produk ini amat mujarab bagi mereka yang menghidapi astma, alahan, masalah kulit muka, kegatalan, jerawat, sakit lutut, ketumbuhan dan lain.


Bagi mereka yang prihatin terhadap kesihatan ibu bapa atau pasangan masing-masing, bolehlah menghadiahkan produk MAS ini kepada mereka. Seronok apabila mendengar peningkata kesihatan setelah mencuba produk MAS ini. Ada warga emas yang telah turun kadar darah tinggi mereka setelah mencuba produk ini daripada anak mereka.



Semoga MAS B17 mampu membantu ramai orang dalam memulihkan kembali tahap kesihatan dan menjadi amalan untuk penjagaan kesihatan. Ibarat kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit.